Scottish Marches ialah istilah untuk
negara sempadan yang terletak di antara
Scotland dan
England. Sejak
penaklukan England oleh Norman sehingga pemerintahan
James VI dari Scotland (yang kemudian juga dikenali sebagai "James I dari England"), pertempuran sempadan biasanya berlaku, dengan raja kedua-dua negara bergantung kepada
Lord dari March untuk mempertahankan kawasan sempadan yang dikenali sebagai
March.Di kedua-dua belah sempadan, terdapat March Barat, March Tengah, dan March Timur. Wilayah-wilayah itu hampir mencerminkan satu sama lain, tetapi terdapat juga sesetengah tindihan antara wilayah Scotland dan Wilayah Inggeris.
Berwick-upon-Tweed, sebuah bandar strategi di tebing utara
Sungai Tweed (sempadan tradisional March Timur), lebih dekat sedikit kepada
Edinburgh daripada
Newcastle. Bandar itu telah direbut banyak kali. Antara
1147 dan
1482, bandar itu bertukar tangan antara kedua-dua kerajaan melebihi 13 kail. Selewat pemerintahan
Elizabeth I dari England, kerajaan Inggeris menganggap bahawa membelanjakan banyak wang untuk membina
kubu (
trace italienne) yang termoden merupakan suatu perbelanjaan yang berbaloi demi mempertahankan bandar itu daripada serangan Scotland.
[1]Scottish Marches merupakan tanah subur kepada banyak perompak dan penyerang untuk melakukan
jenayah kerana sifat ketakstablian wilayah itu. Salah satu perompak yang paling terkenal di March Timur Inggeris pada
1590-an ialah
Geordie Bourne yang kemudian ditangkap lalu
dihukum mati pada
1597.